click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 18, 2013

Pertahanan dan Pembukaan Wilayah

Buktikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih pada zaman keagungannya

          Sultan Muhammad al-Fatih merupakan putera kepada Sultan Murad II, sultan ke-6 dalam pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Sultan Muhammad al-Fatih  menjadi sultan ke-7 dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Beliau mendapat didikan kepimpinan  daripada ayahandanya yang mahir dalam ilmu falak, falsafah, perundangan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Baginda telah memerintah empayar begitu luas hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451 hingga 1481M. Baginda merupakan negarawan yang ulung dan panglima tentera yang agung. 

          Sepanjang pemerintahan, baginda telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan hasil daripada kejayaannya membentuk angkatan tentera yang mantap sehingga berjaya membuka Constantinople. Baginda telah melakukan kajian terperinci dan juga sering berbincang dengan para panglimanya serta menyediakan  angkatan tentera yang terlibat dalam serangan tersebut dengan semangat jihad sebelum bertindak menyerang kota Constantinople. Di samping itu, baginda juga menggunakan peralatan perang moden seperti meriam. Setelah 53 hari mengepung kota tersebut, akhirnya Constantinople berjaya dikuasai oleh Islam.

          Sultan Muhammad al-Fatih telah menambah bilangan penduduk Constantiople disebabkan penduduk kota berkenaan kian berkurangan akibat terkorban dalam peperangan. Bagi menambah bilangan penduduk Constantinople telah mengarahkan orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka supaya kembali semula ke kota berkenaan. Selain itu, baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islan di Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke kota tersebut untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya strategik. Perpindahan ini disokong oleh sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayan rakyat tanpa diskriminasi.

          Seterusnya kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih terserlah dengan kejayaan baginda menyatukan empayar di bahagian utara Balkan. Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan untuk mengatasi serangan kaum Magyar. Bagi mendapatkan wilayah tersebut baginda perlu mengambil alih pemerintahan Serbia. Akibat daripada perebutan takhta yang berlaku di istana Belgrade menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih mengambil kesempatan menawan Balgrade. Baginda juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkannya. Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

           Pada tahun 1458, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menghapuskan kerajaan-kerajaan  kecil dengan menjatuhkan kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia Kecil. Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice dan pada tahun 1462M, Raja Venice di Crotia berjaya dikalahkan yang akhirnya membawa kepada penyerahan wilayah Venice dan Albania. Kebangkitan kaum Venetian kali kedua juga turut menemui jalan buntu.

          Gereja Besar St Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam yang kini dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Seni bina bangunan ini telah diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah manakala pada bahagian luar masjid dibina sebuah menara. Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk sebuah masjid berhampiran makam Abu Ayyub al-Ansari.

          

No comments:

Post a Comment