click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 30, 2010

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

Hijjaz - Debu-debu Dosa

aku tanpa cintamu

Nasyid oleh Rabbani - Insaf

Rabbani - Nawaitu

Mutiara Kata

1. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
2. Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
3. Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
4. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
5. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
6. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
7. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
8. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Friday, November 26, 2010

Ambil Pengajaran Daripaada Pengalaman

Mereka yang bijak pandai akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan mereka yang kurang bijak akan membiarkan kerugian menjadi faktor penghalang kepada keuntungan dan kekal dalam kerugian. Pengalaman Rasulullah menyebarkan dakwah di Makkah menghadapi pelbagai musibah namun baginda bertindak menjadikan musibah ini sebagai keuntungan dengan mengambil langkah berhijrah ke Madinah dan menetap di sana. Akhirnya baginda berjaya bukan sahaja berdakwah malah membina negara Islam pertama dan memyusun undang-undang bertulis pertama yang diguna pakai hingga sekarang.
Ingatlah bahawa ketika kita ditimpa kesusahan, kita harus melihat dari sudut positif maka kendalilah diri kita menghadapi kesusahan bagi menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda daripada nilai RM1.00 menjadi jutaan ringgit...berbaloikan.
Sebaiknya kita selalu melihat sesuatu kesusahan itu dari sudut luar daripada kesedihan sebab bukan semua kesusahan menyedihkan tetapi ada kesenangan disebaliknya. Perkara yang penting perlu diambil perhatian rungkaikan dulu kekusutan kita pasti menemui jalan keluarnya

Thursday, November 25, 2010

Cuti Sekolah Kini Bermula

Seminggu telah berlalu...2 buah novel telah ku habiskan...inilah antara hobiku masa cuti..novel "Lafazkan Kalimah Cintamu" begitu menusuk kalbuku...setiap helaiannya meminta air mataku mengalir tanpa segan silu...bukan itu pintaku jua kehendakku tidak sekali aku memaksanya...air mata ini tetap juga mengalir begitu bijak penulis bermain dengan kata-kata...aku bagaikan ada bersama dalam suasana yang digambarkan oleh penulis...penulis begitu bijak mengolah ceritanya....sememangnya Siti Rosmizah bukan calang-calang penulis...setiap ayat yang ditulis penuh makna hinggakan aku tidak mahu tinggal walau sepatah perkataan...novel "Andai itu Takdirnya" dan "Kau dan Aku", kini "Lafazkan Kalimah Cintamu" begitu menyentuh perasaanku...ku kira bukan aku sahaja yang terasa tetapi setiap yang membaca novelnya pasti bersetuju denganku....jika tidak percaya bacalah sendiri...pasti akan kata ya!!!!!