click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, March 30, 2013


..:: DoA RaBiTHaH ::..

"YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...Amin"


Thursday, March 28, 2013

Menelusuri Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah: Sultan Abdul Hamid II (1842 - 1918)


"Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang." [caption id="attachment_2086" align="alignleft" width="95" caption="Sultan Abdul Hamid II"]
Sultan Abdul Hamid II
[/caption] Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya. Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal. Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya. Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh. Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce. Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair. Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah. Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup. Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai'at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun. Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik ,  intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212). Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu  kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil  mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah. Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi. Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin. Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan "Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin", mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan. Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan: "Sesungguhnya jajahan  Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri". Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah. Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin. Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah : 1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan. 2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris. 3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank 4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga. 5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin. Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, "Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup." Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti "liberation", "freedom", dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai "Hamidian Absolutism", dan sebagainya. "Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!" Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya. Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam. Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan. "Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?" Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. "Negara telah memecat Anda!" Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan. "Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,.... tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?" Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya. Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan. Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah. "Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu." Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya. Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah. "Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami." Esat Pasha menyambung pembicaraan. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu. "Bawa adik-adikmu ke dalam." Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar. "Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka." Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan. Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah. Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu. Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang. Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah  seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:"...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini  telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi  bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas  menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri  Yahudi  di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada  Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang  mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama'ah  yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 22 September 1909 ttd Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid) Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah. "Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!" keluh Sultan Abdul Hamid Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri. "Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua." Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah. "Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini." Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata. Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan. Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk. Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan. Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti. "Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya." Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih. Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera. Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera. "Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal," doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah... tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa...Islama!!! Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah 'UtsmaniyahPustaka Al-Kautsar, 403-425. [email_link] [print_link]

Derita Dalam Buangan - Sultan Abdul Hamid II

Kisah Sultan Abdul Hamid II : Derita Dalam Buangan - dipetik daripada Blog Elias Hj Idris


Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedih dan kecewanya sultan terakhir Kerajaan Bani Uthmaniyah Turki, Sultan Abd Hamid II menghadapi saat-saat genting ketika diturunkan dari takhtanya oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk dan kemudian beliau diasingkan dengan hinanya ke Salonika (Yunani). 

Beberapa waktu kemudian Sultan Abd Hamid dipindahkan pula ke istana tua Belarbe, Istanbul bukan sebagai raja yang kembali berkuasa, tetapi sebagai tahanan dalam istana hingga wafat pada 10 Februari 1918 dalam keadaan sepi dan kecewa. Negaranya, Turki telah bertukar pemerintahan dari Uthmaniah yang beribu negara di Istanbul kepada pemerintahan perwakilan yang membentuk parlimen di Ankara di mana Ataturk mengisytiharkan dirinya sebagai presiden Republik Turki. 

Empayar Uthmaniah, Turki:
Biar jadi kecil wilayahnya asalkan jangan Islam!

Maka lenyaplah kuasa Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924. Sultan Abd Hamid II adalah pemerintah kerajaan Islam dari generasi yang ke-27. Ada satu catatan hariannya yang telah dibukukan tentang detik-detik akhir kejatuhannya dengan sangat pedih dan getir. Ia kisah bagaimana dia dibuang negeri ke Salonika bersama putera-puterinya, diasingkan di istana tua, dihina dan beberapa kali cubaan membunuhnya oleh agen tentera Ataturk. 
Catatan hariannya itu, antara lain menyebutkan bahawa penggulingan Kerajaan Bani Uthmaniah adalah disebabkan;

* Konspirasi jahat dari negara kafir – Inggeris, Perancis, Itali, Prusia, Rusia dan lain-lain yang anti dengan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.

* Pecah belah yang ditaja oleh negara Barat melalui nasionalisme yang mengakibatkan negara Balkan seperti Serbia, Montenegro, Bosnia Herzegovena, Crosia, Kosovo, Bulgaria, Hungary, Rumania, Albania, termasuk Yunani, membebaskan diri dari ikatan Kerajaan Bani Uthmaniah. Begitu juga perbuatan negara Arab – Mesir, Hejaz, dan Nejd, Lebanon yang juga keluar dari naungan Bani Uthmaniah kerana dihasut oleh Inggeris.

* Tentangan dari organisasi massa seperti Gabungan Turki Muda, Persatuan dan Kemajuan, dan orgaisasi wanita yang menuntut kebebasan dan hak sama, yang didukung oleh negara asing, semuanya untuk menghancurkan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.

* Kekuatan Yahudi dan Freemason yang mahu mendirikan negara Yahudi di Al-Quds (Palestin).

Sultan Abd Hamid II,
raja Bani Uthmaniah terakhir

Dari catatan harian Sultan Abd Hamid II itu kita boleh mendapat pelajaran tentang sejarah yang amat berharga, terutamanya detik-detik akhir kehidupan seorang khalifah. 

Semasa dalam tahanan di istana tua itu, Sultan Abd Hamid dan keluarganya dihina denga amat sangat oleh para pengawal tentera. Mereka tidak dibenarkan membaca akhbar atau mendengar radio. Mereka diberi makanan sekadarnya, dan tidak dibenarkan keluar istana. Bahkan ada berlaku satu peristiwa jahat para pegawai tentera yang menjaganya. Pada suatu malam Aidiladha, askar yang mengawal cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri sultan, Sydiyah.

Tentera pegawal itu menimbulkan perkhabaran bahawa mereka merancang akan meletakkan gas di bawah kamar puteri Sydiyah dan ketika istana itu terbakar, puteri sultan pasti akan lari mendapatkan askar yang berkawal untuk meminta perlindungan. Di situlah dirancangkan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sydiyah. Berikutannya, ia akan dihebahkan kepada akhbar di Istanbul untuk memalukan sultan dan keluarganya. Namun perancangan itu gagal.


Cubaan Membunuh 

Catatan harian Sultan Abd Hamid itu menyebutkan peristiwa percubaan askar pengawal untuk membunuhnya di istana tua tempat dia dikurung. Ini berlaku, menurut pembantu khas Sultan, Ali Said Bek, ketika Sultan Abd Hamid pergi solat Jumaat di kota Istanbul. Selepas solat beliau menaiki kenderaan untuk pulang ke istana. Di tengah jalan beliau bertemu dengan Syeikhul Islam Jamaluddin Afandi dan berbincang panjang mengenai pelbagai masalah Turki. 

Akhirnya Sultan terlambat pulang ke istana dan ini menyelamatkannya dari menjadi korban ledakan bom yang dirancangkan di istana untuk membunuhnya. Ledakan bom oleh orang Armenia itu sangat dahsyat. Bangunan tempat Sultan tinggal terbakar, banyak mangsa yang hangus dan bergelempangan.
Sedangkan Sultan Abd Hamid waktu itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke istana dan amat terkejut dengan peristiwa tersebut. 
Mayat yang bergelimpangan... kaum Armenia

Beliau menceritakan bahawa sama ada ketika dalam pembuangan di Salonika atau di istana tua di Istanbul, beliau dan keluarganya tidak dibenarkan keluar, malah ke perkarangan istana kecuali untuk bersolat Jumaat di luar istana. Makanan beliau dan putera puterinya dicatu, sementara mutu makanannya pun amat menyedihkan. Seterusnya, segala harta baginda dirampas oleh tentera Ataturk. 
Hari-hari yang dilalui oleh Sultan Abd Hamid dalam buangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya sentiasa diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diletupkan. Dan amat malang, kata catatan Sultan Abd Hamid lagi, bahawa ada di kalangan pegawai kerajaan baru Turki yang khianat kepada negara, seperti Mahmud Syaukat Pasha dan beberapa orang lagi yang telah menjadi orang suruhan Yahudi dan Freemason serta British.

Pada suatu pagi selepas solat Subuh, baginda sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah waris terpenting selepas ketiadaannya nanti. Sultan memberitahu dengan nada sedih bahawa; “Kita akan memberikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka telah memaksa kita menyerahkannya.” 

Puteranya itu menangis teresak-esak. Baginda bimbang dengan para tentera yang ganas itu. Beberapa hari berikutnya di lobi Deutche Bank, Istanbul berlaku upacara penyerahan secara paksa kesemua harta, termasuk wang Sultan Abd Hamid kepada pihak berkuasa tentera. Putera-puteri sultan tidak dibenarkan menyaksikan upacara tersebut. Putera kelima sultan, Abied cuba juga untuk melihat upacara penyerahan harta ayahandanya itu, tetapi dihalang oleh para pegawai tentera dan bank secara kasar. 

Punca tidak benarkan Yahudi membeli tanah Arab 

Sikap tegas Sultan Abd Hamid terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua pihak itu memusuhinya sejak lama. Baginda tidak membenarkan tanah orang Arab Palestin dijual kepada Yahudi. Menurut catatan seorang ahli sejarah Turki, Jamal Quthaiy bahawa setelah persidangan zionisme ke-3 di Zurich pada tahun 1896, wakil Yahudi, Immanuel Krusow telah mencadangkan kepada Sultan Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu Palestin di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah, Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak menyebabkan Yahudi tersangat marah. Ini menyebabkan wakil Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan pemerintahan Bani Uthmaniah. 

Ada beberapa orang pegawai kerajaan Ataturk seperti Ali Mohsen Bek, yang menunjukkan simpati dan membantu Sultan Abd Hamid menulis memoirnya di istana. Tetapi setelah pihak atasan mengetahui hal itu lalu mereka dipenjarakan. Lebih malang lagi usaha sultan menulis memoirnya dianggap sebagai perbuatan jenayah oleh pihak tentera. 

Ada sesetengah pemimpin negara Arab yang menganggap Sultan Abd Hamid II sebagai seorang diktator ketika memerintah Turki. Ini berakibat daripada hasutan Barat, khususnya British dan Yahudi. Namun bagi rakyat Palestin, Sultan Abd Hamid sangat besar jasanya kerana Khilafah Bani Uthmaniah Turki itulah yang melindungi kepentingan rakyat Palestin. Malah kebanyakan umat Islam hingga kini, masih mengenang jasa kerajaan Bani Uthmaniah dalam melindungi Islam.
  

                                                         *  *  * 

“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Bani Uthmaniyah. Oleh itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu.”
Gerbang Damsyik - Palestin

Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan betapa beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin, tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul (100,000 daripada keseluruhan jumlah penduduknya - 140,000 orang!). 

Di awal kurun ke-20, kerajaan Bani Uthmaniah ini mula menyusut sehingga digelarkan sebagai 'orang sakit' Eropah. Namun kemajuannya yang paling besar adalah dengan terbinanya Keretapi Hijaz bermula 1900-08 bagi membolehkan ribuan umat Islam negara itu selamat dan selesa pergi mengerjakan haji ke Mekah. Ia juga memberi keberkesanan pengawalan wilayah di barat dunia Arab di sebelah wilayah Palestin.
Landasan keretapi hingga ke Palestin

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang agung, digantikan oleh sebuah kerajaan sekular di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Ataturk - tentera baginda sendiri!

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyah, banyak ulama yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka telah dibunuh, terutama ulama-ulama sufi dari pelbagai aliran tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah. Mereka ini telah dianggap sebagai kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkan Mustafa Kemal Ataturk daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture" yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki. Beliau telah menyatakan bahawa Republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut-paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismenya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. 

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai asas perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Bani Uthmaniyah dan juga bukti jelas bahawa beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir; beliau menegaskan bahawa agama adalah terpisah dengan urusan harian bahkan turut mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw telah pun berbuat demikian sebelumnya. 

Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “Saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan. Biar mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah(menutup kepala)!” 

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar untuk menjadi perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar itu terus dilaksanakan sehingga ke hari ini sehinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan, tinggal di merata simpang jalan! 

Tugu dibina di mana-mana sahaja

Bagi menandakan Turki adalah sebuah negara yang maju, maka terdapat banyak binaan tugu dan patung-patung di mana binaan berkenaan dimegah-megahkan dan disanjung tinggi, terutamanya patung ukiran dirinya sendiri. Ini terjadi sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau telah berjaya memajukan Turki. Dengan dasar dan idea tersebut jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir yang suka bermegah-megah dengan binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. 
Memorial Mustafa Kemal Ataturk

Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid menjadi lengang dan kosong. Kebanyakan rakyat lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut, sedangkan azan yang dilaungkan oleh muazzin itu dianggap sebagai remeh dan ketinggalan. Si Firaun moden itu telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan solat Jumaat yang diterjemahkan di dalam bahasa Turki.

Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”. Beliau telah menarik keluar segala asas penerapan Islam dari setiap institusi di Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran itu diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out Islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilteruskan juga secara rakus. 

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, ialah apabila Mustafa Kemal Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari-menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang itu, dia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber dan tumpuan kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.” 

Istana Yildiz

Adalah jelas sekali bahawa Mustafa Kemal Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu diluputkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki-baki nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Mustafa Kemal Ataturk jelas sama sekali tidak menampakkan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi oleh binaan-binaan masjidnya yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota republik!” 

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Mustafa Kemal Ataturk, terutama pihak barat. Manakala orang-orang di Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Mustafa Kemal Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.” 
Di antara mesjid yang dijadikan muzium seni

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio-ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000. 

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Mustafa Kemal Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Maha Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak perlu menunggu hari kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini. 

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda; 
“...Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”
Kejayaan awal Bani Uthmaniah, Turki

Tuesday, March 26, 2013

Motivasi Diri



Negara Bangsa

Huraikan faktor-faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20

Pendahuluan

  • Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II
  • Pengasasan Turki Muda
Isi-isi Penting

1. Tekanan kuasa-kuasa barat

Britain, Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan kawasan Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa besar tersebut bergabung  untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. Pihak barat juga menghasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak. Negara-negara  Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah untuk merebut wilayah-wilayah dan harta peninggalannya. Tindakan kuasa-kuasa barat ini mendorong sultan empayar Turki Uthamaniyah untuk menguatkan pembentukan negara-negara Turki.

2. Dasar Pan-Islamisme

Dasar Pan-Islamisme menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam di bawah pimpinan khalifah yang membela hak umat Islam sejagat. Kefahaman ini bukan sahaja disebarkan di Turki tetapi juga di seluruh dunia. Melalui dasar ini, umat Islam di Turki digesa untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid II. Baginda berusaha membangunkan keagungan khalifaj Islamiyyah. Tokoh-tokh seperti Jamaluddin al-Afghani dan Rashid Rida membantu sultan menggerakkan program Pan-Islamisme untuk menahan kemaraan kuasa-kuasa barat. Penyatuan umat Islam ini juga menyebabkan pembentukan negara bangsa.

3. Sistem Pendidikan

Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan adalah untuk memajukan empayar Turki supaya setaraf dengan negara-negara Barat. Banyak sekolah, peringkat rendah menengah serta institusi pendidikan dibina untuk mencapai matlamat perpaduan dan kemajuan. Pada awal abad ke-20 idea-idea seperti nasionalisme dan sekularisme dapat menyerap secara beransur-ansur dalam kehidupan masyarakat Turki. Konsep negara bangsa menjadi kesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam kalangan golongan cerdik pandai ini. Ideologi yang berada dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki membawa kepada keruntuhan empayar Turki Uthamaniyah dan penubuhan negara bangsa Turki.

4. Rejim Turki Muda

Peranan golongan Turki Muda (Young Turks) menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini terdiri daripada pelajar yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda mengisytiharkan pemberontakan terhadap sultan. Mereka banyak dipengaruhi oleh revolusi Perancis 1789. Rejim Turki Muda ini menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam menganjurkan nasionalisme di Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah.

5. Peranan golongan minoriti
Pembinaan negara bangsa Turki juga bergantung kepada peranan golongan  minoriti dalam empayar Turki Uthmaniyah. Di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, golongan Ahl al-Dimmah ini diberi pelbagai keistimewaan. Antara golongan ini ialah orang kristian dan orang Yahudi dari kawasan Balkan. Mereka dilindungi dan diberi hak selaras dengan tuntutan Islam. Namun, mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang Barat untuk memberontak. Pemberontakan oleh orang Armenia dan campur tangan orang Yahudi menyemarakkan lagi semangat nasionalisme puak nasionalisme Turki dan Arab.

Kesimpulannya

Empayar Turki Uthmaniyah berakhir aabila rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dengan memihak kepada Jerman. Kekalahan dalam perang ini kepada tentera bersekutu menghancurkan empayar Turki Uthamaniyah. Banyak daerah di bawahpenguasaan Turki Uthmaniyah mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya Mustafa Kamal Atarturk berjaya mengisytiharkan sebuah kerajaan republik Turki dengan sokongan padu rakyat Turki.


Monday, March 25, 2013

Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20

Pendahuluan

  • latar belakang imperialisme barat
  • latar belakang kerajaan Turki Uthmaniyah
Isi-isi Penting

1.Persaingan kuasa-kuasa barat

Persaingan antara negara Eropah seperti Britain, Perancis, Jerman, Rusia, dan,  Austria-Hungary berlumba-lumba  untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah. Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negeara-negara baraat Semakin luas tanah jajahan semakin inggi sanjungan yang diberikan. Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tuisia. Pemimpin-pemimpin Turki Uthmaniyah tidak dapat mempertahankan kawasan keraba masalah dalaman. Rusia juga berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain juga menguasai Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyah.

2. Kesan Rvolusi Perindustrian

Revolusi Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa barat di Turki Uthmaniyah. Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18. Penciptaan enjin berkuasa wap, perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi revolusi perindustrian. Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang. Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa barat di wilayah=wilayah boleh membawa keuntungan yang besar untuk penjajah barat.

3. Pembinaan Terusan Suez

Pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa barat. Kuasa-kuasa barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana lalauan perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British berjaya menguasai terusan ni dengan membeli 45% jumlah saham syarikat awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini ini daripada Khedif Ismail, Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat meluaskan kuasanya di Mesir.

4. Rebutan kuasa-kuasa barat untuk Petroleum

Kawasan Turki Utmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka. Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-20, petroleum ditemjui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik antara kuasa barat. Jerman dan Amerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah.

5. Konsep Modenisme

Kuasa barat mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme sebagai manusia yang kolot dan undur. Kuasa-kuasa barat ini menguatkan lagi konsep modenisme melalui sistem pendidikan dan komunikasi. Negara-negara barat ini juga memburukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman. Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh Islam kerana menolak konsep modenisme.

Kesimpulan

Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah kerna negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintahan khalifah dihapuskan dan kerajaan Turki Uthmaniyah sebuah republik.

Monday, March 18, 2013

Pertahanan dan Pembukaan Wilayah

Buktikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih pada zaman keagungannya

          Sultan Muhammad al-Fatih merupakan putera kepada Sultan Murad II, sultan ke-6 dalam pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Sultan Muhammad al-Fatih  menjadi sultan ke-7 dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Beliau mendapat didikan kepimpinan  daripada ayahandanya yang mahir dalam ilmu falak, falsafah, perundangan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Baginda telah memerintah empayar begitu luas hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451 hingga 1481M. Baginda merupakan negarawan yang ulung dan panglima tentera yang agung. 

          Sepanjang pemerintahan, baginda telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan hasil daripada kejayaannya membentuk angkatan tentera yang mantap sehingga berjaya membuka Constantinople. Baginda telah melakukan kajian terperinci dan juga sering berbincang dengan para panglimanya serta menyediakan  angkatan tentera yang terlibat dalam serangan tersebut dengan semangat jihad sebelum bertindak menyerang kota Constantinople. Di samping itu, baginda juga menggunakan peralatan perang moden seperti meriam. Setelah 53 hari mengepung kota tersebut, akhirnya Constantinople berjaya dikuasai oleh Islam.

          Sultan Muhammad al-Fatih telah menambah bilangan penduduk Constantiople disebabkan penduduk kota berkenaan kian berkurangan akibat terkorban dalam peperangan. Bagi menambah bilangan penduduk Constantinople telah mengarahkan orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka supaya kembali semula ke kota berkenaan. Selain itu, baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islan di Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke kota tersebut untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya strategik. Perpindahan ini disokong oleh sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayan rakyat tanpa diskriminasi.

          Seterusnya kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih terserlah dengan kejayaan baginda menyatukan empayar di bahagian utara Balkan. Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan untuk mengatasi serangan kaum Magyar. Bagi mendapatkan wilayah tersebut baginda perlu mengambil alih pemerintahan Serbia. Akibat daripada perebutan takhta yang berlaku di istana Belgrade menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih mengambil kesempatan menawan Balgrade. Baginda juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkannya. Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

           Pada tahun 1458, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menghapuskan kerajaan-kerajaan  kecil dengan menjatuhkan kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia Kecil. Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice dan pada tahun 1462M, Raja Venice di Crotia berjaya dikalahkan yang akhirnya membawa kepada penyerahan wilayah Venice dan Albania. Kebangkitan kaum Venetian kali kedua juga turut menemui jalan buntu.

          Gereja Besar St Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam yang kini dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Seni bina bangunan ini telah diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah manakala pada bahagian luar masjid dibina sebuah menara. Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk sebuah masjid berhampiran makam Abu Ayyub al-Ansari.

          

Sunday, March 17, 2013

Tokoh Islam Terkenal

Salahuddin al-Ayubbi
  Muhammad al-Fateh
             al-Khawarizmi   Ibnu Sina


                          al-Ghazali           al-Farabi