click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 14, 2013

Falsafah Pendidikan Islam

Jelaskan ciri-ciri pendidikan mengikut pandangan Islam

           Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi mendepani kehidupan yang semakin kompleks. The Philosophical Aspects of Education menyatakan bahawa pendidikan ialah proses yang melibatkan penyessuaian yang terbaik untuk perkembangan mental dan fizikal, kebebasan dan kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam mempunyai kedudukan  yang tinggi dan dikaitkan dengan beberapa istilah antaranya tarbiyah, ta'lim, tadris, ta'dib dan irsyad.

          Pendidikan memgikut pandangan Islam melibatkan proses sepanjang hayat iaitu bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahat. Islam memberi kebebasan  kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina, kekayaan dan warna kulit. Oleh itu, menuntut ilmu merupakan kewajipan atau fardu maka menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama Islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hashr.

          Sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran iaitu sumber yang sah dan hakiki diikuti sunnah atau hadis Rasulullah saw. Selain itu, pendidikan Islam juga berpandukan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskn perkar-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah. Pendidikan Islam bertujuan untuk mewujudkan pembangunan seimbang antara aspek naqliah dan aqliayah bagi membolehkan manusia mengenali penciptan-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan-nya.

          Pendidikan Islam juga bersifat dinamis, ia melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat. dan menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau melakukan sesuatu kerana Allah swt. Selain itu, ia juga bertujuan mempetingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap pemikiran yang tinggi, seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya kreativitinya.

          Memandangkan pendidikan Islam berpaksikan al-Quran , fokus utamanya adalah untuk memenuhi keperluan kerohanian, menanam kepercayaan dalam pemikiran dan hati, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa mereka. Menurut Ibn Khaldun antara matlamat pendidikan Islam ialah memperisapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang  syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.
Melalui pendidikan, seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya dan kehidupan dengan membekalkan kemahiran kesenian',muzik, syair,  khat, seni bina dan lain-lain.

      Secara amnya pendidikan Islam adalah untuk mendapat ke redaan Allah swt, membentuk akhlak terpuji, menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawab serta sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment