click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, April 17, 2013

SEJARAH TURKI UTHMANIYAH


Pendahuluan

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di asia[2] Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunanidan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453 (kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3] Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan. tenggara.
Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh luar, dan peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan kepada Negara-negara umat islam.

Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

a. Kelemahan Pemerintah
Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka. Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan turki uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudah leka dengan kenewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II pada tahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana,[4] sehingga dikatakan baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak.[5] Sultan salim II langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli.[6]

b. Faktor Agama
Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud “Allah menjadi pembela kepada orang bertaqwa”.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.
Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan.[7] Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV[8]. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda dan isterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebut kerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak menyentuh keperibadian perempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telah diperintah oleh wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selama ini sememangnya mengiginkan kuasa pemerintahan. Di sini jelas menujukkan bahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam melaksanakan pemerintahan.

c. Kezaliman Pemerintah
Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakanpemerintahan secara kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II, walaupun baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang agung, namun begitu banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda telah mentadbir Negara dengan corak pentadbirannya yang tersendiri, malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini telah menyababkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya.

d. Kelemahan Bidang Ketenteraan
Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan kejayaan karajaan Turki Uthmaniyyah pada awal penubuhannya.[9] Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula apabila disiplin ketenteraan dikalangan pegawai atasan semakin lemah.[10] Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan mereka. Pada zaman ini, penjualan jawatan telah bermula diperingkat atasan lagi, malah sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasaran kelayakan, inilah yang menjadikan ketenteraan menjadi lemah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak kepimpinan lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka, sehinggakan undang-undang syariah yang selama ini menjadi pegangan umat islam pun tidak mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut. Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara waris-waris bagi mendapatkan jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari.[11]

e. Kemerosotan Ekonomi
Ekonomi merupakan tulang belakang kepada kemajuan empayar Turki Uthmaniyyah, kemerotan ekonomi telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal dalam menguruskan pentadbiran negara. Kemerosotan ekonomi yang serius adalah berpuca daripada sikap sultan yang terlalu boros dalam pembelanjaan bagi memajukan Negara semata-mata hanya untuk hiburan dan tujuan kepentingan dirisendiri.[12] Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman, baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana memerlukan modal yang besar dalam membiayai ketenteraan. Hal ini sekali gus telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak, ekoran daripada masalah tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak.
Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar sultan menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana baginda sudah tahu tujuan sebenar mereka. [13] Sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :
"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."
Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah.[14] Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para menteri yang dipilih oleh Turki Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula.[15] Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menaja segalanya bagi menjayakan revolusi yang dijalankan oleh Mustafa kamal.
Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, telah menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan memihak kepada Britain.Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.[16] Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.[17] Penempatan Yahudi di Palestin telah meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta.Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.

Kesan Terhadap Negara Umat Islam
Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yang mendalam kepada umat islam.Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah, terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini telah menyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah melahirkan golongan yang memandang tinggi terhadap orang barat.Unsur sekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan yang paling penting adalah pemikiran penduduk Turki Uthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yang menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai, menari dan bergaul bebas. Malah mereka juga telah meninggalkan ajaran agama islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka.
Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya perubahan dari segi perundangan, yang mana undang-undang yang digunakan dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular. Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah mereka lebih mengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh barat. Selain itu, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur sekularisme[18] yang telah melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telah melakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki.
Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliua telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran yang mana beliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 di mana beliau menggunakan alasan bahawa sultan telah mengkianati Negara. Pada masa yang sama beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic di mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yang pertama.[19] Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. maka sistem khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923 dengan memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya.[20] Semasa pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang anti terhadap islam. Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada sikap Mustafa Kamal yang banyak melarang umat islam untuk mengikut ajaran islam. Contohnya, beliau telah menghapuskan semua yang berwajah dan berbau islam, malah yang paling menyedihkan apabila beliau telah mengeluarkan arahan larangan azan dalam bahasa arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.
Pada masa yang sama, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesan kepada Negara-negara islam lain.Umat islam telah berpecah dengan dasyat mengikut Negara masing-masing dengan idetiti bangsa dan ideologi masing-masing yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh budaya barat. Hal ini telah menyebabkan Negara umat islam menjadi lemah dan mula dijajah satu persatu oleh kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat tersebut. Campurtangan kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam, Negara umat islam dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan penaklukan.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya merupakan sebuah empayar islam yang agung di dunia sehingga dikatakan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar selepasnya. Walaubagaimanapun keagungan dan kejayaan empayar tersebut akhirnya telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan juga luaran yang banyak memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kajatuhan empayar Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan tehadap Negara umat islam sehingga ke hari ini. Namun begitu, kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesedaran kepada umat islam untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama.[21] Hal ini telah menyebakan muncullah ulama’-ulama’ yang sedar dan menggerakkan Harakah Islamiyyah di negara masing-masing.

[1] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 386
[2] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 346
3 Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 398
[4] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376
[5] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 411
[6] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376.
[7] Lois A. Aroin Dan Richard P. Mirtchell(Terjemahan Redzuan Othman).1991.Timur Tenggah Dan Afrika Moden.Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
[8] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 413
[9] Prof.Madya Fadhullah Jamal.2000.Islam Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan Dan Penerokaan.Selangor.Thinker`S Library`S Sdn.Bhd.Hal 3
[10] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 50
[11] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 151
[12] Stanford Shaw.1976.History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey.Cambridge.Cambridge University Press.Hal 234.
[13] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402
[14]Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402
[15] Ahmadi Al-Aziz.1998.Kamal Ataturk Ideology Dan Kesan Ke Atas Rakyat Turki.Hal 35.
[16] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405
[17] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405
[18] Esposito, L.John (Terjemahan Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden.Bandung.Penerbit Mizan.Hal 130.
[19] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 426
[20] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 407
[21] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 408.

Monday, April 1, 2013






kadang hati..
dilanda badai kesedihan..
sehingga jatuh titis-titis mutiara..
kadang hati..
dihujah berbagai kecaman..
sehingga rebah dalam perjuangan..
kadang hati..
dibebani pelbagai permasalahan..
sehingga putus dalam usaha mengejar impian..
kadang hati..
dihinggap gusar..
sehingga hilang satu ketenangan..
kadang hati..
ditimpa cemuhan..
sehingga putus tali harapan..
kadang hati..
dipukul pilu..
sehingga senyap dalam pembicaraan..
kadang hati..
sakit dek panahan kata manusia..
sehingga terbang pergi setiap pergantungan..
kadang hati..
dibaham insan tiada perikemanusiaan..
sehingga terpesong dari jalan perjuangan..
duhai hati..
tabahlah dikau dalam perjuangan..
usah gusar..
usah goyah..
teruslah mara kehadapan..
walau kecaman demi kecaman..
redha Allah yang kau inginkan..
bukan pujian manusia yang menjadi harapan..
kekallah duhai hati..
dalam mencari redha Ilahi..

..Wallahua'lam..
..bersama kita menuju ke infiniti syurga Ilahi..    

Saturday, March 30, 2013


..:: DoA RaBiTHaH ::..

"YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...Amin"


Thursday, March 28, 2013

Menelusuri Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah: Sultan Abdul Hamid II (1842 - 1918)


"Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang." [caption id="attachment_2086" align="alignleft" width="95" caption="Sultan Abdul Hamid II"]
Sultan Abdul Hamid II
[/caption] Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya. Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal. Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya. Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh. Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce. Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair. Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah. Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup. Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai'at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun. Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik ,  intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212). Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu  kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil  mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah. Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi. Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin. Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan "Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin", mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan. Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan: "Sesungguhnya jajahan  Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri". Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah. Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin. Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah : 1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan. 2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris. 3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank 4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga. 5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin. Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, "Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup." Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti "liberation", "freedom", dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai "Hamidian Absolutism", dan sebagainya. "Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!" Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya. Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam. Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan. "Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?" Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. "Negara telah memecat Anda!" Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan. "Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,.... tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?" Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya. Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan. Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah. "Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu." Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya. Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah. "Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami." Esat Pasha menyambung pembicaraan. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu. "Bawa adik-adikmu ke dalam." Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar. "Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka." Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan. Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah. Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu. Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang. Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah  seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:"...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini  telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi  bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas  menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri  Yahudi  di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada  Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang  mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama'ah  yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 22 September 1909 ttd Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid) Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah. "Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!" keluh Sultan Abdul Hamid Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri. "Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua." Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah. "Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini." Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata. Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan. Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk. Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan. Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti. "Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya." Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih. Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera. Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera. "Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal," doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah... tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa...Islama!!! Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah 'UtsmaniyahPustaka Al-Kautsar, 403-425. [email_link] [print_link]

Derita Dalam Buangan - Sultan Abdul Hamid II

Kisah Sultan Abdul Hamid II : Derita Dalam Buangan - dipetik daripada Blog Elias Hj Idris


Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedih dan kecewanya sultan terakhir Kerajaan Bani Uthmaniyah Turki, Sultan Abd Hamid II menghadapi saat-saat genting ketika diturunkan dari takhtanya oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk dan kemudian beliau diasingkan dengan hinanya ke Salonika (Yunani). 

Beberapa waktu kemudian Sultan Abd Hamid dipindahkan pula ke istana tua Belarbe, Istanbul bukan sebagai raja yang kembali berkuasa, tetapi sebagai tahanan dalam istana hingga wafat pada 10 Februari 1918 dalam keadaan sepi dan kecewa. Negaranya, Turki telah bertukar pemerintahan dari Uthmaniah yang beribu negara di Istanbul kepada pemerintahan perwakilan yang membentuk parlimen di Ankara di mana Ataturk mengisytiharkan dirinya sebagai presiden Republik Turki. 

Empayar Uthmaniah, Turki:
Biar jadi kecil wilayahnya asalkan jangan Islam!

Maka lenyaplah kuasa Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924. Sultan Abd Hamid II adalah pemerintah kerajaan Islam dari generasi yang ke-27. Ada satu catatan hariannya yang telah dibukukan tentang detik-detik akhir kejatuhannya dengan sangat pedih dan getir. Ia kisah bagaimana dia dibuang negeri ke Salonika bersama putera-puterinya, diasingkan di istana tua, dihina dan beberapa kali cubaan membunuhnya oleh agen tentera Ataturk. 
Catatan hariannya itu, antara lain menyebutkan bahawa penggulingan Kerajaan Bani Uthmaniah adalah disebabkan;

* Konspirasi jahat dari negara kafir – Inggeris, Perancis, Itali, Prusia, Rusia dan lain-lain yang anti dengan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.

* Pecah belah yang ditaja oleh negara Barat melalui nasionalisme yang mengakibatkan negara Balkan seperti Serbia, Montenegro, Bosnia Herzegovena, Crosia, Kosovo, Bulgaria, Hungary, Rumania, Albania, termasuk Yunani, membebaskan diri dari ikatan Kerajaan Bani Uthmaniah. Begitu juga perbuatan negara Arab – Mesir, Hejaz, dan Nejd, Lebanon yang juga keluar dari naungan Bani Uthmaniah kerana dihasut oleh Inggeris.

* Tentangan dari organisasi massa seperti Gabungan Turki Muda, Persatuan dan Kemajuan, dan orgaisasi wanita yang menuntut kebebasan dan hak sama, yang didukung oleh negara asing, semuanya untuk menghancurkan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.

* Kekuatan Yahudi dan Freemason yang mahu mendirikan negara Yahudi di Al-Quds (Palestin).

Sultan Abd Hamid II,
raja Bani Uthmaniah terakhir

Dari catatan harian Sultan Abd Hamid II itu kita boleh mendapat pelajaran tentang sejarah yang amat berharga, terutamanya detik-detik akhir kehidupan seorang khalifah. 

Semasa dalam tahanan di istana tua itu, Sultan Abd Hamid dan keluarganya dihina denga amat sangat oleh para pengawal tentera. Mereka tidak dibenarkan membaca akhbar atau mendengar radio. Mereka diberi makanan sekadarnya, dan tidak dibenarkan keluar istana. Bahkan ada berlaku satu peristiwa jahat para pegawai tentera yang menjaganya. Pada suatu malam Aidiladha, askar yang mengawal cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri sultan, Sydiyah.

Tentera pegawal itu menimbulkan perkhabaran bahawa mereka merancang akan meletakkan gas di bawah kamar puteri Sydiyah dan ketika istana itu terbakar, puteri sultan pasti akan lari mendapatkan askar yang berkawal untuk meminta perlindungan. Di situlah dirancangkan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sydiyah. Berikutannya, ia akan dihebahkan kepada akhbar di Istanbul untuk memalukan sultan dan keluarganya. Namun perancangan itu gagal.


Cubaan Membunuh 

Catatan harian Sultan Abd Hamid itu menyebutkan peristiwa percubaan askar pengawal untuk membunuhnya di istana tua tempat dia dikurung. Ini berlaku, menurut pembantu khas Sultan, Ali Said Bek, ketika Sultan Abd Hamid pergi solat Jumaat di kota Istanbul. Selepas solat beliau menaiki kenderaan untuk pulang ke istana. Di tengah jalan beliau bertemu dengan Syeikhul Islam Jamaluddin Afandi dan berbincang panjang mengenai pelbagai masalah Turki. 

Akhirnya Sultan terlambat pulang ke istana dan ini menyelamatkannya dari menjadi korban ledakan bom yang dirancangkan di istana untuk membunuhnya. Ledakan bom oleh orang Armenia itu sangat dahsyat. Bangunan tempat Sultan tinggal terbakar, banyak mangsa yang hangus dan bergelempangan.
Sedangkan Sultan Abd Hamid waktu itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke istana dan amat terkejut dengan peristiwa tersebut. 
Mayat yang bergelimpangan... kaum Armenia

Beliau menceritakan bahawa sama ada ketika dalam pembuangan di Salonika atau di istana tua di Istanbul, beliau dan keluarganya tidak dibenarkan keluar, malah ke perkarangan istana kecuali untuk bersolat Jumaat di luar istana. Makanan beliau dan putera puterinya dicatu, sementara mutu makanannya pun amat menyedihkan. Seterusnya, segala harta baginda dirampas oleh tentera Ataturk. 
Hari-hari yang dilalui oleh Sultan Abd Hamid dalam buangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya sentiasa diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diletupkan. Dan amat malang, kata catatan Sultan Abd Hamid lagi, bahawa ada di kalangan pegawai kerajaan baru Turki yang khianat kepada negara, seperti Mahmud Syaukat Pasha dan beberapa orang lagi yang telah menjadi orang suruhan Yahudi dan Freemason serta British.

Pada suatu pagi selepas solat Subuh, baginda sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah waris terpenting selepas ketiadaannya nanti. Sultan memberitahu dengan nada sedih bahawa; “Kita akan memberikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka telah memaksa kita menyerahkannya.” 

Puteranya itu menangis teresak-esak. Baginda bimbang dengan para tentera yang ganas itu. Beberapa hari berikutnya di lobi Deutche Bank, Istanbul berlaku upacara penyerahan secara paksa kesemua harta, termasuk wang Sultan Abd Hamid kepada pihak berkuasa tentera. Putera-puteri sultan tidak dibenarkan menyaksikan upacara tersebut. Putera kelima sultan, Abied cuba juga untuk melihat upacara penyerahan harta ayahandanya itu, tetapi dihalang oleh para pegawai tentera dan bank secara kasar. 

Punca tidak benarkan Yahudi membeli tanah Arab 

Sikap tegas Sultan Abd Hamid terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua pihak itu memusuhinya sejak lama. Baginda tidak membenarkan tanah orang Arab Palestin dijual kepada Yahudi. Menurut catatan seorang ahli sejarah Turki, Jamal Quthaiy bahawa setelah persidangan zionisme ke-3 di Zurich pada tahun 1896, wakil Yahudi, Immanuel Krusow telah mencadangkan kepada Sultan Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu Palestin di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah, Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak menyebabkan Yahudi tersangat marah. Ini menyebabkan wakil Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan pemerintahan Bani Uthmaniah. 

Ada beberapa orang pegawai kerajaan Ataturk seperti Ali Mohsen Bek, yang menunjukkan simpati dan membantu Sultan Abd Hamid menulis memoirnya di istana. Tetapi setelah pihak atasan mengetahui hal itu lalu mereka dipenjarakan. Lebih malang lagi usaha sultan menulis memoirnya dianggap sebagai perbuatan jenayah oleh pihak tentera. 

Ada sesetengah pemimpin negara Arab yang menganggap Sultan Abd Hamid II sebagai seorang diktator ketika memerintah Turki. Ini berakibat daripada hasutan Barat, khususnya British dan Yahudi. Namun bagi rakyat Palestin, Sultan Abd Hamid sangat besar jasanya kerana Khilafah Bani Uthmaniah Turki itulah yang melindungi kepentingan rakyat Palestin. Malah kebanyakan umat Islam hingga kini, masih mengenang jasa kerajaan Bani Uthmaniah dalam melindungi Islam.
  

                                                         *  *  * 

“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Bani Uthmaniyah. Oleh itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu.”
Gerbang Damsyik - Palestin

Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan betapa beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin, tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul (100,000 daripada keseluruhan jumlah penduduknya - 140,000 orang!). 

Di awal kurun ke-20, kerajaan Bani Uthmaniah ini mula menyusut sehingga digelarkan sebagai 'orang sakit' Eropah. Namun kemajuannya yang paling besar adalah dengan terbinanya Keretapi Hijaz bermula 1900-08 bagi membolehkan ribuan umat Islam negara itu selamat dan selesa pergi mengerjakan haji ke Mekah. Ia juga memberi keberkesanan pengawalan wilayah di barat dunia Arab di sebelah wilayah Palestin.
Landasan keretapi hingga ke Palestin

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang agung, digantikan oleh sebuah kerajaan sekular di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Ataturk - tentera baginda sendiri!

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyah, banyak ulama yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka telah dibunuh, terutama ulama-ulama sufi dari pelbagai aliran tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah. Mereka ini telah dianggap sebagai kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkan Mustafa Kemal Ataturk daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture" yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki. Beliau telah menyatakan bahawa Republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut-paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismenya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. 

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai asas perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Bani Uthmaniyah dan juga bukti jelas bahawa beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir; beliau menegaskan bahawa agama adalah terpisah dengan urusan harian bahkan turut mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw telah pun berbuat demikian sebelumnya. 

Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “Saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan. Biar mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah(menutup kepala)!” 

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar untuk menjadi perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar itu terus dilaksanakan sehingga ke hari ini sehinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan, tinggal di merata simpang jalan! 

Tugu dibina di mana-mana sahaja

Bagi menandakan Turki adalah sebuah negara yang maju, maka terdapat banyak binaan tugu dan patung-patung di mana binaan berkenaan dimegah-megahkan dan disanjung tinggi, terutamanya patung ukiran dirinya sendiri. Ini terjadi sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau telah berjaya memajukan Turki. Dengan dasar dan idea tersebut jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir yang suka bermegah-megah dengan binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. 
Memorial Mustafa Kemal Ataturk

Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid menjadi lengang dan kosong. Kebanyakan rakyat lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut, sedangkan azan yang dilaungkan oleh muazzin itu dianggap sebagai remeh dan ketinggalan. Si Firaun moden itu telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan solat Jumaat yang diterjemahkan di dalam bahasa Turki.

Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”. Beliau telah menarik keluar segala asas penerapan Islam dari setiap institusi di Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran itu diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out Islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilteruskan juga secara rakus. 

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, ialah apabila Mustafa Kemal Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari-menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang itu, dia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber dan tumpuan kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.” 

Istana Yildiz

Adalah jelas sekali bahawa Mustafa Kemal Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu diluputkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki-baki nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Mustafa Kemal Ataturk jelas sama sekali tidak menampakkan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi oleh binaan-binaan masjidnya yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota republik!” 

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Mustafa Kemal Ataturk, terutama pihak barat. Manakala orang-orang di Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Mustafa Kemal Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.” 
Di antara mesjid yang dijadikan muzium seni

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio-ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000. 

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Mustafa Kemal Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Maha Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak perlu menunggu hari kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini. 

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda; 
“...Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”
Kejayaan awal Bani Uthmaniah, Turki