click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 15, 2013

Pembangunan dan Penerokaan

Huraikan Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15

          Menurut pandangan Islam ekonomi merujuk kepada mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredaan Allah swt. Sistem ekonomi Islam pula meliputi aspek rohani dan jasmani serta asas ekonomi tidak dipisahkan dengan ilmu agama yakni kewujudan hubungan Allah swt sebagai Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluknya. Manusia sebagai hamba yang menerima, mematuhi perintah dan menikmati anugerah Allah dan kekayaan muka bumi yang dimanfaatkan oleh manusia menurut hukum Allah.

           Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Kesultanan Melaka pada abad ke-15 berbentuk sara diri. Masyarakat Melayu tradisional Melaka menjalankan pelbagai  aktiviti ekonomi untuk menampung keperluan harian bagi menyara diri dan keluarga. Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan seperti pertanian, menternak binatang, berburu, menanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran, mengutip hasil hutan dan sebagainya.

         Kegiatan pertanian di Melaka boleh dilihat menerusi penanam padi. Fasal 20 dalam undang-undang Melaka ada menyatakan yang wujud tanah untuk perhumaan, bendang, sawah dan ladang. Kegiatan penanaman padi dikatakan telah wujud di Melaka dan Semenanjung Tanah Melayu dengan kemunculan kerajaan Melaka dan penghijrahan orangMinangkabau. Oleh sebab Melaka hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras maka bagi menampung keperluan penduduk, Melaka mengimport beras dari Siam, Palembang dan Jawa.

          Selain menanam padi masyarakat Melaka juga menjalankan aktiviti berdusun, kenyataan ini diperkukuhkan oleh Tom Pires iaitu Sultan Iskandar Syah serta 1000 orang pengikutnya telah menebas kawasan hutan  untuk menanam pokok dan membuat dusun. Antara tanaman yang ditanam seperti tebu, pisang, nanas dan lain-lain.

           Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan merupakan sumber protien utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Sultan Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan dijalankan oleh orang laut  di Selat Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Mereka ke laut untuk menangkap ikan dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk menjadi perahu.

           Seterusnya, aktiviti berburu juga turut menjadi kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu. Aktiviti berburu dikatakan menjadi kegiatan tradisi raja-raja Melayu, misalnya Sultan Iskandar Syah yang tiba di Bertam telah pergi berburu. Malah nama Melaka juga dikaitkan dengan anjing perburuan Sultan Iskandar Syah yang dikalahkan oleh pelanduk putih.

           Menternak binatang turut dilakukan oleh masyarakat Melaka pada abad ke-19 secara kecil-kecilan. Antara binatang ternakan ialah kambing, kerbau, biri-biri, ayam, itik dan sebagainya. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau dan salah satu tempatnya adalah di Kayu Ara.

          Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi sara diri yang dilakukan oleh penduduk Melaka.Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, damar dan getah jelutung. Kegiatan memungut hasil hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu ketika itu kerana mereka banyak bergantung hidup dengan keadaan persekitaran sungai, hutan dan tanah pertanian. Di samping itu, hasil hutan yang diusahakan juga turut mendapat permintaan yang baik daripada pedagang luar.

          Kesimpulannya, perlbagai kegiatan ekonomi sara diri telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. kegiatan ini turut membantu memakmurkan Melaka sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. 

No comments:

Post a Comment