Saturday, February 4, 2012

SMKP: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK. Penanti telah diadakan pada 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiulawal 1431h. Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Jawatankuasa Dakwah dan Kepimpinan, Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam.
Tujuan program ini diadakan untuk memperingati sejarah kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhamad s.a.w serta perjuangan baginda yang penuh dengan pahit getir dalam usaha menyebar dan mengembangkan syiar Islam.Diharapkan melalui program ini, kita dapat menghayati cara hidup dan semangat jihad Rasullulah dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Sunnah Baginda menjadi pedoman untuk kita mengharungi globalisasi kini.
Atur cara sambutan Maulidur Rasul SMK. Penanti
a. Tazkirah : Kelebihan berselawat disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad Kamil B. Mohd Mahdzir
b. Selawat : dipimpin oleh En Hasbullah bin Halim bersama kumpulan Soutul Mujahid
c. Bercerita : Disampaikan oleh Nor Shahira binti Mustafa dengan tajuk Riwayat Hidup Rasulullah bimbingan Pn. Suaini
d. Pantun dan Syair : Dipersembahkan oleh Nurul Amni bt Azizan, Noor Husna bt Mohd Syafie, Ummu Aiman bt Ismail dan Mohd Azhar bin Md Shuhaini bimbingan Pn. Shamshul Khamariah
d. Sketsa : Oleh Pelajar-pelajar 5I terdiri daripada Mohamad Nazwan, Mohamad Irfan,Muhamad Azamirul dan Siti Nadia bimbingan Pn. Arfa dan Pn. Aishah.
e. Deklamasi Sajak : Dideklimasikan oleh Abdul Samad bin Abdul Nizar bertajuk Untukmu Rasulullah bimbingan Pn. Norazira
f. Nasyid : disampaikan oleh Kumpulan nasyid Soutul Mujahid dengan lagu Permata Rasulullah bimbingan En. Mohd Sokri dan Pn. Aini Zahariah
Juru acara majlis pada hari tersebut ialah sdri Fatihah dan sdri Sazwani
Majlis sambutan maulidur Rasulullah disambut meriah walaupun secara sederhana. Pelajar-pelajar memberi perhatian sepenuhnya terhadap acara-acara yang dipersembahkan sehingga tamat. Mereka cukup terhibur dengan persembahan sketsa yang penuh unsur-unsur humor tidak kering gusi pelajar dibuatnya dan tumpuan diberi sepenuhnya kepada kumpulan Nasyid Soutul Mujahid dengan lagunya Permata Rasulullah, suara mereka cukup merdu ditambah lagi rupa paras yang kacak tidak jemu melihatnya tergugat kumpulan nasyid yang ada di Malaysia sekiranya mereka buat album.
Majlis sambutan Maulidur Rasul berakhir pada jam 9.00 pagi. Semoga bertemu lagi tahun akan datang. Lega sudah Ustazah Rosmi dan AJKnya.

No comments:

Post a Comment