click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 4, 2012

Jamuan Akhir Tahun Kokurikulum Pra U SMK Penanti 2010



Jamuan Akhir Tahun Pra U SMK Penanti

Setelah siswa siswi Pra U SMK Penanti bergerak cergas dalam aktiviti kokurikulum akhir tiba penghujung tahun 2010, bagi mengakhiri tahun 2010 mereka menutupnya dengan mengadakan jamuan akhir tahun. Sungguhpun jamuaan diadakan secara sederhana tetapi tetap meriah kerana masing-masing turun menyumbang keringat dan tenaga daripada persiapan awal sehingga makanan terhidang. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua siswa dan siswi Pra U SMK Penanti yang menyumbangkan makanan.
Terdapat pelbagai menu yang disumbangkan oleh Unit Uniform yang terdiri daripada KRS, PBSM, Puteri Islam dan Pandu Puteri. Pandu Puteri menyediakan menu Pizza yang menjadi hidangan paling laris dan istimewa, Puteri Islam menyediakan pelbagai jenis kek, PBSM menghidangkan pelbagai jenis kuih antaranya tepung talam, kuih cara, seri muka dan banyak lagi manakala KRS menyediakan menu rojak buah-buahan. Di samping menu utama nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah, acar timun, daging masak hitam, limau dan minuman jus tembikai. Semua hidangan ini merupakan hasil sumbangan siswa siswi Pra U SMK Penanti. Sayang sekali keseronokan ini tidak dirasai oleh Pengetua kerana beliau menghadiri kursus.
Sebagai Penyelaras Kokurikulum Pra U SMK Penanti mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat sama ada Unit Uniform atau Kelab/Persatuan Pra U SMK Penanti yang memberi komitmen yang begitu tinggi menguruskan unit masing-masing mnjadikan Unit Kokurikulum Pra U SMK Penanti bergerak aktif. Ucapan terima kasih juga kepada siswa siswi Pra U SMK Penanti yang aktif mengambil bahagian setiap aktiviti yang dirancang. Sesungguhnya siswa siswi Pra U SMK Penanti cukup unggul dan gemilang.

No comments:

Post a Comment