click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 4, 2012

Puteri Islam Pra-Universiti SMKP

Puteri Islam Pra-Universiti SMK. Penanti telah merancang pelbagai aktiviti menarik termasuklah melibatkan aktiviti gabungan dengan unit-unit lain. Salah satu daripadanya aktiviti kecergasan. Aktiviti kecergasan ini dianjurkan oleh Pasukan Pandu Puteri Pra-Universiti SMK Penanti dan semua unit turut mengambil bahagian. Semua pelajar begitu bersemangat melakukan aktiviti ini. Hampir 1 jam aktiviti kecergasan ini berlangsung bermula jam 7.30 pagi berakhir pada jam 8.30 pagi.
Guru-guru unit kokurikulum Pra-Universiti terlibat dan turut memeriahkan lagi aktiviti kecergasan ini apabila Tn. Pengetua turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Beliau penuh semangat melakukan senamrobik bersama-sama pelajar.
Salah satu tujuan diadakan aktiviti kecergasan ini adalah membina kekuatan fizikal pelajar-pelajar agar badan mereka sihat dan otak mereka akan lebih cerdas apabila belajar nanti.
Aktiviti ini diadakan di padang sekolah iaitu di gelanggang bola jaring dan dikendalikan oleh Pn. Norpishah




Pengetua SMK. Penanti, orangnya cantik, komitmen tinggi, kita lihat saja di sini beliau turut melakukan aktiviti ini dengan penuh semangat memberi tumpuan sepenuhnya bersama-sama pelajarnya.











Ini pula gaya guru kokunya tidak mahu ketinggalan tetap turun padang, sama-sama ambil bahagian...oklah juga kan...daripada tidak turun langsung














Kita dapat lihat pelajar-pelajar begitu bersemangat melakukan senamrobik bersama Pn. Norpishah. Angkat kaki..depa tangan ikut irama....













Gaya senamrobik yang mana lebih anda suka? buat pilihan anda sendiri....tetapi yang menariknya kedua-dua mereka memiliki senyum yang serupa...betulkan....saya rasa anda semua bersetuju dengan pendapat saya

lihat pula gaya pelajar lelaki melakukan senamrobik....semangat ke tidak...anda boleh tentukan sendiri...beginilah gaya-gaya remaja lelaki sekarang...fikir-fikirkan.....

No comments:

Post a Comment