click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 4, 2012

Aktiviti Koku Puteri Islam Pra-U - Program Khidmat Masyarakat Bersihkan Surau

Puteri Islam Pra Universiti SMK Penanti dipimpin oleh dua orang guru Pembimbing yakni Pn. Faridah binti Saad dan Pn. Faridah binti Abdullah. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dikendalikan oleh AJK yang telah dilantik. Setiap ahli kumpulan diberi tugas menguruskan aktiviti yang telah dirancang pada kali pertama perjumpaan. Sekiranya ada program atau aktiviti yang dirancang tidak dilaksanakan ini bermakna AJK yang telah dilantik tidak melaksanakan dan menguruskan program itu dengan baik dan mereka perlu bertanggungjawab atas kegagalan program tersebut.Sebanyak 14 program yang telah dirancang dan AJK Puteri Islam telah menyiapkan kertas cadangan serta dibentangkan untuk dibahaskan. Program yang pertama telah dilaksanakan oleh Puteri Islam PraU SMK Penanti ialah membersihkan Surau Sekolah.

Sama-sama kita lihat kerja-kerja membersihkan surau sekolah oleh Puteri-puteri ini.

Puteri-puteri sedang mengemas telekong yang ditinggalkan oleh pelajar perempuan SMK Penanti.
Asyik sungguh mereka bekerja sambil Cikgu Faridah memberi arahan.

Yang ini pula tiga puteri sedang membetulkan semula pintu kabinet yang telah rosak. Siapa sangka walaupun tangan halus lagi lembut namum mereka mampu melakukan tugas mereka dengan hebatnya.
Hai....susun kerusi nak buat apalah pula si puteri tu ye...!
Rupa-rupanya si puteri nie nak lap tingkap....tak cukup tinggi la tu...

Bilik ambil wuduk juga tidak ditinggalkan....puteri-puteri ini tetap menyentalnya supaya lumut-lumut yang cuba hinggap terbang lari dan tak berani datang lagi......lumut boleh hinggap dan terbang ke?...hentam saja...marah Cikgu Rozita tau....



Kolah dalam surau dan di luar surau juga dibersihkan oleh si puteri, rajinkan puteri-puteri Pra U SMK Penanti.....bolehlah pilih jadi calun menantu...pasti rumah tangga bersih dan kemas....

Lihatlah hasil kerja puteri-puteri ini....terpancar sinar lantai surai boleh dibuat cermin muka.Begitulah sebahagian daripada kerja-kerja khidmat masyarakat yang pertama Puteri Islam Pra U SMK Penanti yang sempat dipaparkan.

No comments:

Post a Comment