click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 4, 2012

Pra-U SMKP : Program Khidmat Masyarakat

Pengenalan

Latar belakang :
Khidmat masyarakat ialah komponen aktiviti kokurikulum yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
Konsep Khidmat Masyarakat :

Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Pelajar dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan.
Fokus Penilaian :


Khidmat masyarakat berdasarkan projek kumpulan bagi membantu pihak sekolah atau komuniti / masyarakat setempat.

Tujuan Penilaian :
Penilaian Khidmat Masyarakat bertujuan untuk menilai sejauh manakah pelajar dapat

Mengapplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang di pelajari secara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Melibatkan diri secara praktikal dan secara langsung sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab
Pengendalian Khidmat Masyarakat


Matlamat

Turut memberi sumbangan kepada kebajikan sekolah

Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan negara
Proses Penilaian :

Proses penilaian Khidmat Masyarakat merangkumi tiga elemen penilaian
Penilaian secara pemerhatian

Refleksi diri
Laporan
Penilaian Secara Pemerhatian :

Pemerhatian merupakan satu proses penilaian yang merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai serta norma di luar bilik darjah

Pemerhatian dilakukan secara tidak formal bermula daripada proses perancangan, kerja amali sehingga pembentangan laporan.

Pemerhatian boleh dilakukan secara berperingkat melalui pembentukan ahli jawatan kuasa dan senarai tugas dan pelaksanan projek.

Pemerhatian dilakukan untuk menilai pencapaian terbaik pelajar.
Refleksi Diri
Penilaian Refleksi Diri dilakukan berdasarkan borang refleksi diri mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru.
Pelaksanaan Aktiviti Program Mengecat Blok Pra-Universiti SMK. Penanti Program ini telah dilaksanakan pada 6 Februari 2010. Semua pelajar Pra-u terlibat, pelajar-pelajar telah memberi kerjasama yang amat membangga sekolah. Mereka telah mengecat di luar dan di dalam kelas. Kerja-kerja mengecat memerlukan penelitian agar warna kelihatan menarik, kemas dan bersih.

Kita lihat dahulu kerja-kerja mengecat di dalam kelas
Si jejaka yang senyum ketika mengecat ni Ketua Pelajar SMK. Penanti...ingat apa pun tak taulah..adalah tu....boleh tahan juga dia ni tapi ada sedikit terlebih perasan....kalau ada yang bekenan bolehlah cuba untuk jadi yang kedua...sebab yang pertama sudah diisi...kouta ada empatkanRajin sungguh si teruna ini mengecat...siapalah yang bertuah memilikinya




Tengok tu...Cikgu Faridah begitu asyik tengok pelajar-pelajar menconteng dinding
Yang buat kerja hanya seorang, lain-lain tu penonton saja ke?

Rajin-rajin kerja ya...
Pelajar perempuan pun turut sama membantu mengecat, tak cukup ketinggian sanggup kerusi ditindan untuk sampai di tempat tinggi...hebat sungguh Hidayah ni

No comments:

Post a Comment