Thursday, November 25, 2010

Cuti Sekolah Kini Bermula

Seminggu telah berlalu...2 buah novel telah ku habiskan...inilah antara hobiku masa cuti..novel "Lafazkan Kalimah Cintamu" begitu menusuk kalbuku...setiap helaiannya meminta air mataku mengalir tanpa segan silu...bukan itu pintaku jua kehendakku tidak sekali aku memaksanya...air mata ini tetap juga mengalir begitu bijak penulis bermain dengan kata-kata...aku bagaikan ada bersama dalam suasana yang digambarkan oleh penulis...penulis begitu bijak mengolah ceritanya....sememangnya Siti Rosmizah bukan calang-calang penulis...setiap ayat yang ditulis penuh makna hinggakan aku tidak mahu tinggal walau sepatah perkataan...novel "Andai itu Takdirnya" dan "Kau dan Aku", kini "Lafazkan Kalimah Cintamu" begitu menyentuh perasaanku...ku kira bukan aku sahaja yang terasa tetapi setiap yang membaca novelnya pasti bersetuju denganku....jika tidak percaya bacalah sendiri...pasti akan kata ya!!!!!

No comments:

Post a Comment