Monday, May 31, 2010

Tamadun Islam

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.

9. Jelaskan penentangan masyarakat Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw dalam usaha mengekang penyebaran ajaran Islam kepada penduduk Arab.

10. Huraikan peranan Rasulullah saw dalam usaha menyatukan pelbagai golongan masyarakat Madinah.

11. Nabi Muhammad saw ialah seorang tokoh agung yang terbukti kepemimpinannya. Bincangkan.

12. Huraikan perkembangan Perang Uhud dan kesan-kesan peperangan ini ke atas pihak yang terbabit.

13. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah dan kepentingannya dalam perkembangan agama Islam.

14. Huraikan kepentingan penerokaan dan penjelajahan mengikut perspektif Islam.

15. Bandingkan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Rasulullah saw dengan Rom pada zaman Augustus.

16. Penjelajahan dan penerokaan merupakan satu aspek penting dalam ketamadunan manusia. Bincangkan tiga matlamat penjelajahan dan penerokaan bagi masyarakat Islam dan tiga matlamat penjelajahan dan penerokaan bagi masyarakat Eropah


KERTAS SOALAN TAMAT

9. Bincangkan faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah.

PENGENALAN: [ 3 markah]

1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w
• Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
• Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
• Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah
• Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.
• Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati Allah swt.
• Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum.
• Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan.
• Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.
• Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.
• Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat haji dan perdagangan.
• Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.
• Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.

3. Bentuk2 Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.
• Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.
• Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan
• Menyiksa
• Tawaran Harta & Pangkat
• Berkompromi Agama
• Pemulauan Ekonomi Dan Sosial
• Rancangan Membunuh Nabi

4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah
• Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:
(a) dakwah secara sulit
(b) dakwah secara terang-terangan
ISI:
Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah
[5 isi X 4 markah=20 markah]

1. Faktor Agama

ª Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
ª Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.
ª Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan
ª Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.

2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh

ª Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
ª Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
ª Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana keupayaannya yang luar biasa.
ª Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.

3. Persamaan Taraf

ª Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
ª Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy.
ª Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
ª Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
ª Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.

4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.

ª Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
ª Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
ª Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
ª Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.

5. Takut Akan Hari Pembalasan

ª Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
ª Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
ª Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama.
ª Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
ª Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
ª Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

6. Perasaan Iri hati

ª Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
ª Antara mereka ialah;
i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.
ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu

KESIMPULAN:[2 markah]

1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah.
2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw


10. Huraikan peranan Rasulullah s.a.w. dalam usaha menyatukan pelbagai golongan masyarakat Madinah.

Pengenalan :

1. Latar belakang masyarakat Madinah.
2. Definisi Ummah : bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam al-Quran ummah Merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
3. Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-Quran.
4. Dalam al-Quran ummah merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
5. Setiap diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam kontek ummah padazaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah.

Isi-isi penting :

Cara Rasulullah s.a.w. Membentuk Ummah :

Pembinaan masjid :

1. Usaha pertama Nabi Muhammad s.aw. di Madinah
2. Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
3. Masjid terawal yang dibina ialah masjid Nabawi
4. Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.
Piagam Madinah / Perjanjian politik :
1. Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk.
2. Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan tanggunjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.

Menyatupadukan Aus Dan Khazraj :

1. Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.
2. Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan mereka.

Mempersaudarakan Muhajirin Dengan Ansar :

1. Bertujuan untuk saling membantu .
2. Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah, dan Abu Bakar dengan Kharijah.
3. Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah.
4. Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam.

Mengambil Tindakan Memerangi Serta Menghalau Dan Menghukum Golongan Yahudi Yang Melanggar Piagam Madinah :

1. Bani Qainuqa’- diusir kerana mempersenda-senda kemenangan umat Islam dalam perang Badar- perkampungan mereka dikepung seterusnya mereka diusir keluar dari Madinah.
2. Bani Nadhir- dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang Uhud dan membuat pakatan untuk membunuh Nabi.
3. Bani Quraizah – Dikenakan hukuman yang lebih keras, iaitu semua lelaki dewasa dibunuh, harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-kanak diusir dari Madinah.
4. Implikasi pengusiran golongan Yahudi ini, maka konsep ummah kini hanyalah umat Islam sahaja, dan secara tidak langsung negara menjadi aman dan stabil.
Memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba. Nabi menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan.

Kesimpulan :

1. Nabi Muhammad pemikir dan pemimpin yg bijak.
2. Langkah yg dijlnkan oleh Nabi Muhammad menjanjikan kota Madinah kuat dan dapat meluaskan empayar.


11. Nabi Muhammad saw ialah seorang tokoh agung yang terbukti kepemimpinannya. Bincangkan.

Pendahuluan :

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
2. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
3. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.
4. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

Isi :

Kepemimpinan Nabi :

Sebagai Pemimpin Agama :

1. Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
2. Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
3. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
4. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT
5. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
6. Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis

Sebagai Pemimpin Politik :

1. mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
2. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
3. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan dua
4. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
5. Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir.
6. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

Sebagai Pemimpin Tentera :

1. menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
2. menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
3. akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
4. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
5. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
6. Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
7. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.
8. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
• Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
• Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
• Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
• Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
• Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
• Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
• Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
• Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
• Patuh kepada ketua.
• Tidak boleh lari dari medan peperangan.
• Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Sebagai Pemimpin Masyarakat :

1. berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
2. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
3. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
4. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
5. Menaikkan taraf wanita .
6. Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
7. Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing –masing.
8. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah

Ketua Hakim :

1. Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
2. Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
3. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
Sebagai Perancang Ekonomi :
1. Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
2. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi

Kesimpulan :

1. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
2. Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Permusuhan antara orang Quraisy Makkah dan orang Islam tidak berakhir selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Perang Uhud merupakan peperangan kedua yang berlaku dalam sejarah Islam pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.Punca utama yang mencetuskan peperangan ini ialah perasaan marah dan dendam kaum musyrikin Quraisy yang telah dikalahkan oleh tentera Islam dalam Perang Badar.Mereka berasa tersangat hina kerana tentera Islam yang baru berjaya mengalahkan mereka.



Kawasan berlakunya perang Uhud

Perkembangan Perang Uhud

Kaum musyrikin Quraisy di bawah kepimpinan Abu Sufyan bin Harb dengan 3000 orang tentera termasuk 3000 ekor unta, 700 tentera berbaju besi, 200 ekor kuda, pasukan pemuzik dan pasukan kaum wanita yang berjumlah 15 orang telah menuju ke Madinah. Ketua angkatan berkuda ialah Khalid al-Walid.




Mendengar persiapan orang Quraisy itu, Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk melindungi kota Madinah.



Cadangan baginda untuk bertahan dalam Kota Madinah disokong oleh Abdullah bin Ubay. Bagaimanapun, golongan muda yang bersemangat untuk menghadapi golongan musyrikin. Oleh sebab pendapat mereka adalah majoriti, maka baginda bersetuju untuk menentang kaum musyrikin di luar kota Madinah.

Angkatan tentera Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w berjumlah 1000 orang tentera yang dibahagikan kepada tiga batalion . Batalion Muhajirin diketuai oleh Mus’ab bin Umar.Batalion Aus diketuai oleh Usaid bin Hudair.Batalion Khazraj dipimpin oleh al-Habbab bin al-Munzir.

Dalam perjalanan, Abdullah bin Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar daripada barisan tentera dan pulang ke Madinah. Perbuatan ini berlaku kerana dikatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak menghiraukan pendapat beliau untuk bertahan di Madinah.

Pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin Quraisy meletus di pinggir Bukit Uhud. Pada awalnya, kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya mereka telah ditewaskan.

Punca kekalahan tentera Islam ialah sikap tentera Islam yang mengingkari arahan Rasulullah s.a.w. Pasukan pemanah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang.

Pada masa itu, Khalid al-Walid mengambil kesempatan mengumpul pasukan berkudanya dan menyerang dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Ramai sahabat Nabi Muhammad s.a.w terkorban termasuk bapa saudara baginda, Hamzah RA

Kesan Perang Uhud KEPADA Pihak Islam

Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya.

Perang Uhud talah memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikuti taktik yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Memberi gambaran kepada umat Islam menangani sifat-sifat dan bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh golongan munafik.

Rasulullah s.a.w bertindak menghalau Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan kerap dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan kerap berusaha membunuh Rasulullah s.a.w.

Pihak Arab Quraisy

Kabilah-kabilah Arab mula memandang rendah dan serong terhadap umat Islam .Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya kekuatan Islam mula lumpuh .
Perang ini membuktikan kaum Quraisy memang sentiasa berazam untuk menghancurkan Islam pada bila-bila masa tanpa diduga.

Kesimpulannya jelas kepada kita bahawa perang Uhud amat besar ertinya kepada umat Islam kerana perang ini merupakan satu pengajaran pahit untuk mereka.Mereka mula menyedari tentang pentingnya mematuhi perintah-perintah Rasulullah s.a.w dan para pemimpin.Selepas Perang Uhud umat Islam semakin bersedia menghadapi musuh mereka secara bersama-sama.
pihak Islam mula menyedari bahawa golongan Yahudi dan munafik tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan kota Madinah. Umat islam juga menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan menghentikan segala tindakan mereka ke atas umat Islam selagi Islam tidak dihapuskan.

No comments:

Post a Comment