Friday, November 26, 2010

Ambil Pengajaran Daripaada Pengalaman

Mereka yang bijak pandai akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan mereka yang kurang bijak akan membiarkan kerugian menjadi faktor penghalang kepada keuntungan dan kekal dalam kerugian. Pengalaman Rasulullah menyebarkan dakwah di Makkah menghadapi pelbagai musibah namun baginda bertindak menjadikan musibah ini sebagai keuntungan dengan mengambil langkah berhijrah ke Madinah dan menetap di sana. Akhirnya baginda berjaya bukan sahaja berdakwah malah membina negara Islam pertama dan memyusun undang-undang bertulis pertama yang diguna pakai hingga sekarang.
Ingatlah bahawa ketika kita ditimpa kesusahan, kita harus melihat dari sudut positif maka kendalilah diri kita menghadapi kesusahan bagi menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda daripada nilai RM1.00 menjadi jutaan ringgit...berbaloikan.
Sebaiknya kita selalu melihat sesuatu kesusahan itu dari sudut luar daripada kesedihan sebab bukan semua kesusahan menyedihkan tetapi ada kesenangan disebaliknya. Perkara yang penting perlu diambil perhatian rungkaikan dulu kekusutan kita pasti menemui jalan keluarnya

No comments:

Post a Comment