click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 4, 2012

Jamuan Akhir Tahun Kokurikulum Pra U SMK Penanti 2010



Jamuan Akhir Tahun Pra U SMK Penanti

Setelah siswa siswi Pra U SMK Penanti bergerak cergas dalam aktiviti kokurikulum akhir tiba penghujung tahun 2010, bagi mengakhiri tahun 2010 mereka menutupnya dengan mengadakan jamuan akhir tahun. Sungguhpun jamuaan diadakan secara sederhana tetapi tetap meriah kerana masing-masing turun menyumbang keringat dan tenaga daripada persiapan awal sehingga makanan terhidang. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua siswa dan siswi Pra U SMK Penanti yang menyumbangkan makanan.
Terdapat pelbagai menu yang disumbangkan oleh Unit Uniform yang terdiri daripada KRS, PBSM, Puteri Islam dan Pandu Puteri. Pandu Puteri menyediakan menu Pizza yang menjadi hidangan paling laris dan istimewa, Puteri Islam menyediakan pelbagai jenis kek, PBSM menghidangkan pelbagai jenis kuih antaranya tepung talam, kuih cara, seri muka dan banyak lagi manakala KRS menyediakan menu rojak buah-buahan. Di samping menu utama nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah, acar timun, daging masak hitam, limau dan minuman jus tembikai. Semua hidangan ini merupakan hasil sumbangan siswa siswi Pra U SMK Penanti. Sayang sekali keseronokan ini tidak dirasai oleh Pengetua kerana beliau menghadiri kursus.
Sebagai Penyelaras Kokurikulum Pra U SMK Penanti mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat sama ada Unit Uniform atau Kelab/Persatuan Pra U SMK Penanti yang memberi komitmen yang begitu tinggi menguruskan unit masing-masing mnjadikan Unit Kokurikulum Pra U SMK Penanti bergerak aktif. Ucapan terima kasih juga kepada siswa siswi Pra U SMK Penanti yang aktif mengambil bahagian setiap aktiviti yang dirancang. Sesungguhnya siswa siswi Pra U SMK Penanti cukup unggul dan gemilang.

Kokurikulum Tingkatan 6 SMK. Penanti

JAWATAN KUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI
14400 KUBANG SEMANG
2010


Penaung : Pn Hajh Siti Ajar binti Man
Pengerusi : Tn, Hj. Shamsudin bin Mat
Guru Kokurikulum : Pn. Faridah binti Abdullah
En. Mohd Azrin bin Miskom
Guru-Guru Penasihat: Pn. Hjh Sakinah binti Saleh
En. Mohammad Roslaini bin Abdul Razak
Pn. Shamsul Khamariah binti Salim
Pn. Rozita binti Idris
Pn, Mazlini binti Othman
Pn. Latipah binti Ahmad
Pn. Loh Anna
Pn. Norida binti Harun
Pn. Che Rampawan binti Nayan
Pn. Anida binti Abdul Malik
Pn. Zubaidah binti Mohd Ali
En. Moktar bin Syed Ahmad
Pn. Zainap binti Abdul Rashid
Pn. Faridah binti Saad

GURU-GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM TINGKATAN 6

Unit Beruniform

a)Kadet Remaja Sekolah : En. Moktar bin Syed Ahmad
Pn. Zainap binti Abdul Rashid
En. Mohd Azrin bin Miskom

b)Pasukan Pandu Puteri : Pn. Anida binti Abdul Malik
Pn. Zubaidah binti Mohd Ali

c)Pasukan Puteri Islam : Pn. Faridah binti Saad
Pn. Faridah binti Abdullah

Persatuan/Kelab

a.Persatuan Pra Universiti : Pn. Hjh Sakinah binti Saleh
En. Mohammad Roslaini bin Abdul Razak
Pn. Shamsul Khamariah binti Salim

b. Kelab Komunikasi : Pn. Rozita binti Idris
Pn, Mazlini binti Othman

c) Kelab Penyelidikan : Pn. Latipah binti Ahmad
Pn. Loh Anna

d) Kelab Wira Dagang : Pn. Norida binti Harun
Pn. Che Rampawan binti Nayan


Bidang Tugas Guru Penasihat :

1. Merancang dan menyediakan Program Tahunan.
2. Mendaftar keahlian dalam kalangan pelajar-pelajar menggunakan Borang
Permohonan Keahlian semasa Meyuarat Penubuhan.
3. Menulis surat permohonan Penubuhan kepada Pengetua dengan menyertakan;
a. Senarai Jawatankuasa Penaja
b. Perlembagaan
c. Cadangan Program Tahunan
4. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan dan melantik Jawatankuasa
pengurusan dalam kalangan pelajar-pelajar dan menghantar satu salinan Minit
Mesyuarat serta senarai Jawatankuasa kepada penyelaras kokurikulum satu
minggu selepas mesyuarat.
5. Mengadakan dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa kecil sekurang-kurangnya satu
kali setiap separuh tahun.
6. Menyelia, mengurus dan mengendalikan semua aktiviti yang dirancang pada
masa aktiviti yang dijadualkan.
7. Merekod kehadiran semua murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
8. Memastikan laporan kegiatan mingguan dihantar salinan kepada penyelaras
kokurikulum tiga hari selepas aktiviti.
9. Menyediakan satu laporan tahunan yang lengkap dan dihantar kepada Guru
Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir bulan Oktober.
10.Memastikan surat kebenaran penjaga diedarkan kepada pelajar-pelajar sebelum
aktiviti luar sekolah dijalankan.
11.Mengurus dan menyimpan segala rekod penglibatan , pencapaian dan salinan sijil
penghargaan murid dalam aktiviti luar.
12.Memastikan segala urusan surat menyurat berkaitan kegiatan kokurikulum
berjalan lancar.
13.Memastikan semua aktiviti berjalan sebagaimana kurikulum dan perancangan
tahunan yang disediakan.
14.Menyediakan laporan untuk penyediaan sijil kokurikulum pelajar-pelajar pada
akhir tahun, khasnya kelas peperiksaan awam.
15.Menyelaras dan mengurus penyertaan pelajar-pelajar dalam pertandingan
peringkat daerah, negeri dan seterusnya.


JENIS-JENIS PERSATUAN/KELAB AKADEMIK/SUKAN TINGKATAN 6

1. Persatuan Pra Universiti
2. Kelab Komunikasi
3. Kelab Penyelidikan
4. Kelab Wira Dagang

JENIS-JENIS UNIT UNIFORM TINGKATAN 6

1. Kadet Remaja Sekolah
2. Pasukan Pandu Puteri
3. Pasukan Puteri Islam
4. Persatuan Bulan Sabit Merah

RUMAH SUKAN

1. Pahlawan
2. Perwira
3. Pendekar
4. Panglima

Aktiviti Koku Puteri Islam Pra-U - Program Khidmat Masyarakat Bersihkan Surau

Puteri Islam Pra Universiti SMK Penanti dipimpin oleh dua orang guru Pembimbing yakni Pn. Faridah binti Saad dan Pn. Faridah binti Abdullah. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dikendalikan oleh AJK yang telah dilantik. Setiap ahli kumpulan diberi tugas menguruskan aktiviti yang telah dirancang pada kali pertama perjumpaan. Sekiranya ada program atau aktiviti yang dirancang tidak dilaksanakan ini bermakna AJK yang telah dilantik tidak melaksanakan dan menguruskan program itu dengan baik dan mereka perlu bertanggungjawab atas kegagalan program tersebut.Sebanyak 14 program yang telah dirancang dan AJK Puteri Islam telah menyiapkan kertas cadangan serta dibentangkan untuk dibahaskan. Program yang pertama telah dilaksanakan oleh Puteri Islam PraU SMK Penanti ialah membersihkan Surau Sekolah.

Sama-sama kita lihat kerja-kerja membersihkan surau sekolah oleh Puteri-puteri ini.

Puteri-puteri sedang mengemas telekong yang ditinggalkan oleh pelajar perempuan SMK Penanti.
Asyik sungguh mereka bekerja sambil Cikgu Faridah memberi arahan.

Yang ini pula tiga puteri sedang membetulkan semula pintu kabinet yang telah rosak. Siapa sangka walaupun tangan halus lagi lembut namum mereka mampu melakukan tugas mereka dengan hebatnya.
Hai....susun kerusi nak buat apalah pula si puteri tu ye...!
Rupa-rupanya si puteri nie nak lap tingkap....tak cukup tinggi la tu...

Bilik ambil wuduk juga tidak ditinggalkan....puteri-puteri ini tetap menyentalnya supaya lumut-lumut yang cuba hinggap terbang lari dan tak berani datang lagi......lumut boleh hinggap dan terbang ke?...hentam saja...marah Cikgu Rozita tau....



Kolah dalam surau dan di luar surau juga dibersihkan oleh si puteri, rajinkan puteri-puteri Pra U SMK Penanti.....bolehlah pilih jadi calun menantu...pasti rumah tangga bersih dan kemas....

Lihatlah hasil kerja puteri-puteri ini....terpancar sinar lantai surai boleh dibuat cermin muka.Begitulah sebahagian daripada kerja-kerja khidmat masyarakat yang pertama Puteri Islam Pra U SMK Penanti yang sempat dipaparkan.

SMKP: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

SMKP: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK. Penanti telah diadakan pada 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiulawal 1431h. Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Jawatankuasa Dakwah dan Kepimpinan, Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam.
Tujuan program ini diadakan untuk memperingati sejarah kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhamad s.a.w serta perjuangan baginda yang penuh dengan pahit getir dalam usaha menyebar dan mengembangkan syiar Islam.Diharapkan melalui program ini, kita dapat menghayati cara hidup dan semangat jihad Rasullulah dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Sunnah Baginda menjadi pedoman untuk kita mengharungi globalisasi kini.
Atur cara sambutan Maulidur Rasul SMK. Penanti
a. Tazkirah : Kelebihan berselawat disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad Kamil B. Mohd Mahdzir
b. Selawat : dipimpin oleh En Hasbullah bin Halim bersama kumpulan Soutul Mujahid
c. Bercerita : Disampaikan oleh Nor Shahira binti Mustafa dengan tajuk Riwayat Hidup Rasulullah bimbingan Pn. Suaini
d. Pantun dan Syair : Dipersembahkan oleh Nurul Amni bt Azizan, Noor Husna bt Mohd Syafie, Ummu Aiman bt Ismail dan Mohd Azhar bin Md Shuhaini bimbingan Pn. Shamshul Khamariah
d. Sketsa : Oleh Pelajar-pelajar 5I terdiri daripada Mohamad Nazwan, Mohamad Irfan,Muhamad Azamirul dan Siti Nadia bimbingan Pn. Arfa dan Pn. Aishah.
e. Deklamasi Sajak : Dideklimasikan oleh Abdul Samad bin Abdul Nizar bertajuk Untukmu Rasulullah bimbingan Pn. Norazira
f. Nasyid : disampaikan oleh Kumpulan nasyid Soutul Mujahid dengan lagu Permata Rasulullah bimbingan En. Mohd Sokri dan Pn. Aini Zahariah
Juru acara majlis pada hari tersebut ialah sdri Fatihah dan sdri Sazwani
Majlis sambutan maulidur Rasulullah disambut meriah walaupun secara sederhana. Pelajar-pelajar memberi perhatian sepenuhnya terhadap acara-acara yang dipersembahkan sehingga tamat. Mereka cukup terhibur dengan persembahan sketsa yang penuh unsur-unsur humor tidak kering gusi pelajar dibuatnya dan tumpuan diberi sepenuhnya kepada kumpulan Nasyid Soutul Mujahid dengan lagunya Permata Rasulullah, suara mereka cukup merdu ditambah lagi rupa paras yang kacak tidak jemu melihatnya tergugat kumpulan nasyid yang ada di Malaysia sekiranya mereka buat album.
Majlis sambutan Maulidur Rasul berakhir pada jam 9.00 pagi. Semoga bertemu lagi tahun akan datang. Lega sudah Ustazah Rosmi dan AJKnya.

Pra-U SMKP : Program Khidmat Masyarakat

Pengenalan

Latar belakang :
Khidmat masyarakat ialah komponen aktiviti kokurikulum yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
Konsep Khidmat Masyarakat :

Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Pelajar dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan.
Fokus Penilaian :


Khidmat masyarakat berdasarkan projek kumpulan bagi membantu pihak sekolah atau komuniti / masyarakat setempat.

Tujuan Penilaian :
Penilaian Khidmat Masyarakat bertujuan untuk menilai sejauh manakah pelajar dapat

Mengapplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang di pelajari secara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Melibatkan diri secara praktikal dan secara langsung sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab
Pengendalian Khidmat Masyarakat


Matlamat

Turut memberi sumbangan kepada kebajikan sekolah

Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan negara
Proses Penilaian :

Proses penilaian Khidmat Masyarakat merangkumi tiga elemen penilaian
Penilaian secara pemerhatian

Refleksi diri
Laporan
Penilaian Secara Pemerhatian :

Pemerhatian merupakan satu proses penilaian yang merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai serta norma di luar bilik darjah

Pemerhatian dilakukan secara tidak formal bermula daripada proses perancangan, kerja amali sehingga pembentangan laporan.

Pemerhatian boleh dilakukan secara berperingkat melalui pembentukan ahli jawatan kuasa dan senarai tugas dan pelaksanan projek.

Pemerhatian dilakukan untuk menilai pencapaian terbaik pelajar.
Refleksi Diri
Penilaian Refleksi Diri dilakukan berdasarkan borang refleksi diri mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru.
Pelaksanaan Aktiviti Program Mengecat Blok Pra-Universiti SMK. Penanti Program ini telah dilaksanakan pada 6 Februari 2010. Semua pelajar Pra-u terlibat, pelajar-pelajar telah memberi kerjasama yang amat membangga sekolah. Mereka telah mengecat di luar dan di dalam kelas. Kerja-kerja mengecat memerlukan penelitian agar warna kelihatan menarik, kemas dan bersih.

Kita lihat dahulu kerja-kerja mengecat di dalam kelas
Si jejaka yang senyum ketika mengecat ni Ketua Pelajar SMK. Penanti...ingat apa pun tak taulah..adalah tu....boleh tahan juga dia ni tapi ada sedikit terlebih perasan....kalau ada yang bekenan bolehlah cuba untuk jadi yang kedua...sebab yang pertama sudah diisi...kouta ada empatkanRajin sungguh si teruna ini mengecat...siapalah yang bertuah memilikinya




Tengok tu...Cikgu Faridah begitu asyik tengok pelajar-pelajar menconteng dinding
Yang buat kerja hanya seorang, lain-lain tu penonton saja ke?

Rajin-rajin kerja ya...
Pelajar perempuan pun turut sama membantu mengecat, tak cukup ketinggian sanggup kerusi ditindan untuk sampai di tempat tinggi...hebat sungguh Hidayah ni

Puteri Islam Pra-Universiti SMKP

Puteri Islam Pra-Universiti SMK. Penanti telah merancang pelbagai aktiviti menarik termasuklah melibatkan aktiviti gabungan dengan unit-unit lain. Salah satu daripadanya aktiviti kecergasan. Aktiviti kecergasan ini dianjurkan oleh Pasukan Pandu Puteri Pra-Universiti SMK Penanti dan semua unit turut mengambil bahagian. Semua pelajar begitu bersemangat melakukan aktiviti ini. Hampir 1 jam aktiviti kecergasan ini berlangsung bermula jam 7.30 pagi berakhir pada jam 8.30 pagi.
Guru-guru unit kokurikulum Pra-Universiti terlibat dan turut memeriahkan lagi aktiviti kecergasan ini apabila Tn. Pengetua turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Beliau penuh semangat melakukan senamrobik bersama-sama pelajar.
Salah satu tujuan diadakan aktiviti kecergasan ini adalah membina kekuatan fizikal pelajar-pelajar agar badan mereka sihat dan otak mereka akan lebih cerdas apabila belajar nanti.
Aktiviti ini diadakan di padang sekolah iaitu di gelanggang bola jaring dan dikendalikan oleh Pn. Norpishah




Pengetua SMK. Penanti, orangnya cantik, komitmen tinggi, kita lihat saja di sini beliau turut melakukan aktiviti ini dengan penuh semangat memberi tumpuan sepenuhnya bersama-sama pelajarnya.











Ini pula gaya guru kokunya tidak mahu ketinggalan tetap turun padang, sama-sama ambil bahagian...oklah juga kan...daripada tidak turun langsung














Kita dapat lihat pelajar-pelajar begitu bersemangat melakukan senamrobik bersama Pn. Norpishah. Angkat kaki..depa tangan ikut irama....













Gaya senamrobik yang mana lebih anda suka? buat pilihan anda sendiri....tetapi yang menariknya kedua-dua mereka memiliki senyum yang serupa...betulkan....saya rasa anda semua bersetuju dengan pendapat saya

lihat pula gaya pelajar lelaki melakukan senamrobik....semangat ke tidak...anda boleh tentukan sendiri...beginilah gaya-gaya remaja lelaki sekarang...fikir-fikirkan.....

SMKP: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK. Penanti telah diadakan pada 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiulawal 1431h. Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Jawatankuasa Dakwah dan Kepimpinan, Jawatankuasa Surau dan Panitia Pendidikan Islam.
Tujuan program ini diadakan untuk memperingati sejarah kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhamad s.a.w serta perjuangan baginda yang penuh dengan pahit getir dalam usaha menyebar dan mengembangkan syiar Islam.Diharapkan melalui program ini, kita dapat menghayati cara hidup dan semangat jihad Rasullulah dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Sunnah Baginda menjadi pedoman untuk kita mengharungi globalisasi kini.
Atur cara sambutan Maulidur Rasul SMK. Penanti
a. Tazkirah : Kelebihan berselawat disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad Kamil B. Mohd Mahdzir
b. Selawat : dipimpin oleh En Hasbullah bin Halim bersama kumpulan Soutul Mujahid
c. Bercerita : Disampaikan oleh Nor Shahira binti Mustafa dengan tajuk Riwayat Hidup Rasulullah bimbingan Pn. Suaini
d. Pantun dan Syair : Dipersembahkan oleh Nurul Amni bt Azizan, Noor Husna bt Mohd Syafie, Ummu Aiman bt Ismail dan Mohd Azhar bin Md Shuhaini bimbingan Pn. Shamshul Khamariah
d. Sketsa : Oleh Pelajar-pelajar 5I terdiri daripada Mohamad Nazwan, Mohamad Irfan,Muhamad Azamirul dan Siti Nadia bimbingan Pn. Arfa dan Pn. Aishah.
e. Deklamasi Sajak : Dideklimasikan oleh Abdul Samad bin Abdul Nizar bertajuk Untukmu Rasulullah bimbingan Pn. Norazira
f. Nasyid : disampaikan oleh Kumpulan nasyid Soutul Mujahid dengan lagu Permata Rasulullah bimbingan En. Mohd Sokri dan Pn. Aini Zahariah
Juru acara majlis pada hari tersebut ialah sdri Fatihah dan sdri Sazwani
Majlis sambutan maulidur Rasulullah disambut meriah walaupun secara sederhana. Pelajar-pelajar memberi perhatian sepenuhnya terhadap acara-acara yang dipersembahkan sehingga tamat. Mereka cukup terhibur dengan persembahan sketsa yang penuh unsur-unsur humor tidak kering gusi pelajar dibuatnya dan tumpuan diberi sepenuhnya kepada kumpulan Nasyid Soutul Mujahid dengan lagunya Permata Rasulullah, suara mereka cukup merdu ditambah lagi rupa paras yang kacak tidak jemu melihatnya tergugat kumpulan nasyid yang ada di Malaysia sekiranya mereka buat album.
Majlis sambutan Maulidur Rasul berakhir pada jam 9.00 pagi. Semoga bertemu lagi tahun akan datang. Lega sudah Ustazah Rosmi dan AJKnya.